Surat untuk kekasih...
Buat insan yang tersayang....
Seribu kemaafan saya pinta seandainya coretan ini menganggu ketenangan hati awk. Mungkin ini cara terbaik untuk menjelaskan tentang hubungan kita. Apa pun yang berlaku, ingatlah bahawa antara kita pernah mengasihi dan mencintai...
Awak,
Mungkin sudah suratan takdir menentukan kita tidak akan memiliki antara satu sama lain. Pertemuan kita sekadar mewarnakan hari-hari kelam yang sering kita lalui. lorong yang sepi mula dipenuhi warna dan suara ceria bila kita mula bertemu, bersahabat dan akhirnya bercinta. Namun lorong itu tidak selamanya perlu dipenuhi warna-warna indah bagai pelangi. Ada masanya ia kelam, sekelam pekat malam dan adakalanya ia terlalu hingar membuat kita mencari satu sudut dimana kesunyian mula menjadi nikmat. Lorong itu awak, lorong yang kita pilih, yang kita warnakan bersama, diatas nama cinta yang membuat kita yakin untuk mengikat sesuatu yang lebih menjamin hubungan kita. Namun kita terlalu asyik mewarna cinta hingga ada yang mula sesat di lorong itu. Sayakah yang sesat atau awak yang sendiri mewarnai terlalu laju?
Awak,
Asyik sungguhkah kasih sayang darinya hingga cinta kita sanggup awak kuburkan? Kerana itulah saya mula hilang dari lautan kasihmu. Tapi dengan izin Yang Maha Esa, kita diikat dengan tali pertunangan. Saya sendiri adakalanya tidak tahu mengapa awak memilih saya...sedangkan dihatimu tetap ada dia. Kasih sayangmu buat saya sudah gugur satu persatu dimamah waktu. Namun pada masa yang sama juga awak masih lagi menyembunyikannya, masih lagi cuba berpura-pura, masih lagi cuba melimpahi hati saya dengan segala dusta.
Awak,
Tidak pernah walau sekali pun saya mengimpikan kita akan berjauhan begini. Sepanjang tidur saya yang lena, saya sering bertemankan kenangan kita bersama, saat-saat perit tatkala kita saling membenci antara satu sama lain, saat-saat genting bila kita mula bertentang mata dan jatuh cinta, saat-saat syahdu bila kita berjanji sehidup semati dan saat-saat pilu bila awak yang saya cintai mula hanyut dibuai nafsu. Mungkin pada ketika itu, semua kenangan manis kita tiada ertinya buat awak. Pemergian ini jangan dicari,awk! Semakin dekat awak menghampiri, semakin jauh saya akan pergi. Sesungguhnya saya yang awak kenali sebagai gadis sekuat besi berani namun semangat itu sudah pun pergi, terbang menghilang. Hati ini tidak lagi mampu untuk terus menghadapi hari-hari dilorong yang sudah mula kelam. jangan sesekali menyalahkan diri sendiri, ini semua ketentuan Ilahi. Terimalah dengan hati yang redha, sepertimana saya menerima hakikat hubungan kita. Sekuat mana pun cinta saya pada awak, ia sudah tiada makna lagi.
Awak,
Saya pergi berbekalkan secebis rindu dan sayang sebagai penawar dikala sepi. Hanya itu yang saya miliki,kenangan. Rasanya pemergian ini bukan satu kehilangan kerana secara realitinya saya telah lama hilang dari hatimu. Tapi entah kenapa saya tetap menyayangi awak sepenuh hati. Bodohkah diri ini kerana terus mencintaimu? Walau apa pun kasih sayang yang kita kongsi suatu masa dahulu kini telah menjadi sejarah. Selayaknya ia dipadam terus dari kotak ingatanmu. Moga dengan pemergian ini, semua pihak akan lebih tenteram dan aman. Awak tidak perlu lagi tercari-cari mana satu jadi pilihan. Lupakanlah cinta kita. Anggaplah sekadar satu mimpi yang datang sekadar untuk menguji kita. Lenyapkanlah segala kenangan kita yang mungkin bakal mengganggu hati dan perasaannya kelak. Sekiranya panjang jodoh dengannya, jagalah dia dengan sepenuh hati...
Salam sayang
Seseorang yang pernah menjadi pemaisuri di hati awak....

No comments:
Post a Comment